ISKANDAR PUTERI – Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) melancarkan laman sesawangnya yang berwajah baharu semalam.

Hadir menyempurnakan pelancaran tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech, Asman Shah Abd Rahman berkata, laman sesawang J-Biotech diperbaharui dan kini berkonsepkan interaktif, dinamik, inspirasi serta mesra pengguna.

“Laman sesawang J-Biotech mempunyai empat E-sistem merangkumi pendaftaran keahlian Rakan J-Biotech; Usahawan Bio (Bio-SMEs), Johor Bio Talent selain inisiatif biorosot dan biokompos negeri Johor (BBJ),” katanya.

Pelancaran laman sesawang tersebut diadakan di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, di sini, bersempena Malam Anugerah Pekerja Cemerlang J-Biotech 2017.

Sumber : Sinar Online