Bio Desaru Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 19 Jun 2008 di bawah Akta Syarikat 1965, dan dimiliki sepenuhnya oleh J-Biotech Holdings Sdn Bhd.
Bio Desaru Sdn Bhd juga telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan Lembah Makanan Bio Desaru berteraskan kepada empat komponen utama iaitu; penanaman, akuakultur, penternakan dan agropelancongan.
Melalui visi dan misi yang jelas, Johor Biotech memacu usaha menarik pelaburan strategik, mempercepat inovasi bioteknologi serta memastikan pembangunan industri bio di Johor terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.
Satu platform bagi merealisasikan aspirasi Johor dalam melengkapkan ekosistem Bioekonomi serantau.
Menyelesaikan projek dan pelaburan dengan cepat dan tepat.
Memberi tumpuan kepada China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, dan India.
Meningkatkan kerjasama dengan rakan kongsi melalui eksplorasi dan realisasi peluang bersama.