J-Biotech Sdn Bhd (JBSB) telah ditubuhkan pada 5 November 2007. JBSB memainkan peranan penting dalam menyediakan produk dan perkhidmatan berkaitan serta terlibat dalam pelbagai projek bagi menyokong program Transformasi Bioekonomi Johor, terutamanya dalam industri berasaskan bio.
JBSB sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri Johor melalui dua fokus utama iaitu Perladangan & Alam Sekitar dan Mikrob & Berasaskan Bio. Kami bertekad menuju kecemerlangan dan ke arah masa depan yang lebih baik melalui idea kehidupan hijau yang mampan.
J-Biotech Sdn Bhd (JBSB) memainkan peranan penting dalam menyokong industri bioekonomi Negeri Johor melalui pembangunan dan pelaksanaan program-program lestari yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi serta kelestarian alam sekitar.