Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (Johor Biotech) diperbadankan pada 27 April 2006 di bawah Enakmen Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor 2006 [Enakmen No. 3 Tahun 2006]
Johor Biotech bertindak sebagai pusat sehenti (one-stop centre) untuk memacu pelaburan dalam teknologi bio, mengukuhkan inovasi tempatan dan memelihara biodiversiti Johor melalui penyelidikan, pembangunan dan perniagaan teknologi bio.
Johor Biotech memainkan peranan penting dalam memperkasa pembangunan sektor bioteknologi Negeri Johor melalui pengurusan biodiversiti, penggalakan aktiviti penyelidikan dan inovasi, serta pengupayaan ekosistem bio yang menyokong pertumbuhan ekonomi secara lestari.
Menjadi agensi rujukan utama bagi pelaburan bioteknologi dan industri berasaskan bio di Negeri Johor.
Menjadikan Johor sebagai hab bioekonomi dan bioteknologi terkemuka di rantau ini melalui pembangunan teknologi, inovasi dan pemuliharaan biodiversiti secara mampan.
Menjadikan bioteknologi sebagai pemangkin untuk meningkatkan kualiti hidup, peluang ekonomi dan pembangunan lestari, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan hala tuju Negeri Johor.
Melalui beberapa anak syarikat, Johor Biotech melaksanakan peranan dalam pembangunan dan perniagaan produk bio: