Terma & Syarat

Terma & Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan portal Johor Biotech serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini.

Dengan mengakses portal ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda terikat dengan syarat-syarat ini. Oleh yang demikian, satu perjanjian terbentuk antara anda sebagai pengguna dan kami, Johor Biotech, bagi tujuan akses dan/atau penggunaan portal ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan mana-mana syarat terdahulu yang telah anda terima atau akses melalui portal ini. Penggunaan dan/atau akses berterusan anda terhadap perkhidmatan ini akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Johor Biotech tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau teladan (exemplary), termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian kehilangan keuntungan, kehilangan kepercayaan atau kerugian tidak ketara yang lain, yang timbul akibat daripada:

  1. penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. kos perolehan barangan atau perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat melalui atau daripada portal ini;
  3. akses tanpa kebenaran atau perubahan terhadap penghantaran atau data anda;
  4. kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau
  5. sebarang perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.

Pautan

Johor Biotech boleh menyediakan pautan ke laman web lain yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga. Oleh itu, Johor Biotech tidak mempunyai kawalan ke atas laman web atau sumber tersebut.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa Johor Biotech tidak bertanggungjawab terhadap laman web dan sumber luar tersebut serta tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan lain yang disediakan di laman web atau sumber tersebut. Johor Biotech juga tidak bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai berpunca daripada penggunaan atau pergantungan terhadap kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan melalui laman web atau sumber tersebut.

Penamatan

Johor Biotech berhak menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan, termasuk mana-mana perkhidmatan berkaitan, pada bila-bila masa, sama ada dengan sebab atau tanpa sebab, dengan atau tanpa notis dan berkuat kuasa serta-merta.

Johor Biotech juga boleh menamatkan atau menggantung akaun yang tidak aktif, yang ditakrifkan sebagai kegagalan menggunakan perkhidmatan portal melalui akaun tersebut dalam tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Johor Biotech tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan

Johor Biotech berhak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan, demi keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, Johor Biotech boleh membuat perubahan tersebut tanpa notis terlebih dahulu.

Anda bersetuju untuk menyemak syarat-syarat ini dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang perubahan terkini. Akses dan penggunaan berterusan anda terhadap portal ini selepas sebarang pindaan dibuat akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Johor Biotech berhak untuk mengubah suai, menggantung atau menamatkan perkhidmatan, sama ada sebahagian atau keseluruhan, secara sementara atau kekal, pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Johor Biotech tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan tersebut.

Umum

Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Syarat-syarat Standard. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan atau percanggahan antara syarat-syarat ini dan Syarat-syarat Standard, maka syarat-syarat ini akan diguna pakai.

Tajuk-tajuk yang digunakan adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan tidak akan mempengaruhi tafsiran syarat-syarat ini.

Sekiranya mana-mana peruntukan dalam syarat-syarat ini didapati menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat selebihnya akan terus berkuat kuasa sepenuhnya tanpa terjejas.

© Hak Cipta 2025 Johor Biotech. Semua hak terpelihara. Dibangunkan oleh First Online.